tentang Shah Iskandar (pelakon utama Atas Nama Cinta) hensem dorhh!


Assalamualaikum.. hai nampak gambar ats ni?? cun2 kan??ok, nampak yang pakai topi tuh? tuh aku punye! ceh.. guraw ja.. ok , here we are.

Nama sebenar dia ialah Shah Iskandar Mahfuz. Berusia 29 tahun.  Tarikh lahirnya 1 Mei 1982. Sekarang ini, dia masih belajar lagi dalam bidang perfileman di Ngee Ann Polytechnic. Dia ni lahir daripada Anugerah Skrin 2006 iaitu rancangan yang mencari pengacara dan pelakon di Singapura. ED tengok rancangan tu. Walaupun dia bukan juara, namun bintangnya bersinar di Singapura dan Malaysia.Di Singapura, Shah Iskandar aktif menjadi model, pelakon dan pengacara. Paling best, dia menjadi pengacara yang melibatkan penggambaran di luar negara seperti di Sepanyol dan yang terbaru di China. Drama terakhir yang ED lihat dia di Singapura ialah Di Pinggir Hati, Kisah Di Turki. Untung dapat kerja di luar negara.Dia memulakan kerjayanya di Malaysia dengan membintangi drama Gerak Khas. ED rasa, mungkin Dato Yusof Haslam berkenan dengan Shah Iskandar semasa Dato Yusof Haslam menjadi juri dalam pertandingan Anugerah Skrin yang Shah sertai pada tahun 2006. 

Ok, thanks to ED for the information. nak dengar 
lagu Ost Atas Nama Cinta tuh??
 

kbye

Tiada ulasan: