Bebas Peperiksaan 2013 :)

EmmNampak Sedap :)

Assalamualaikum :) . Alhamdulillah . UPSR sudeh selesai. PSRA pun sudehhh. I'm trying to speak formally. Harap-harap dapat 5A+ Mumtaz . Amin. Sesiapa yang baca, aminkanlah ya :). Hehe teringat pula satu tip yang ustaz bagi kat kitorang. kalau nak orang doakan kita, tulis sesuatu kat sehelai kertas. Lepastu tulislah:

"Doakan (Nama) dapat 5A + Mumtaz (kalau ada) ."

Itu secara ringkas. Kalau nak lebih panjangkanlah. lepastu pas2 dekat kawan-kawan. Suruh diorang baca. Jangan lupa selitkan kalimah "امین" ya :) Hari ni hari Jumaat. Hm tukar topik lah ya. Sebenarnyakan, dah besar nanti TK nak jadi Saintis. Tapi ibu TK beria-ria suruh TK jadi doktor. tak kisah lah doktor apa pun. Hm.Ok jugak jadi doktor ya. Nak jadi doktor yang dekat klinik tu kalau boleh. Kalau tak pun jadi doktor haiwan. Apa-apa pun pencapaian Akademik kena tip-top lah .

Lepas UPSR + PSRA habis ni, barulah rasa lega. otak ni dah digunakan lama bolehlah rehat SEKEJAP .Ehem perkataan tersebut diboldkan ya. Sebenarnya, TK nak jadi penulis novel Part Time. now dalam perjalanan nak habiskan satu buah. kali ni bersungguh-sungguh memandangkan UPSR dah habis. Apa yang bestnya ya menulis novel ni? Hm entahlah. Bagi TK boleh relaks kan minda, boleh rangka-2 ayat baru. kadang-kadang bila TK tengah taip tu, tergelak sorang-sorang pulak. Bukan apa, lawak jugak guna ayat yang formal macam sekarang ni. Hehehe. TK mana biasa guna 'hehehe' taip 'juga' pun sebenarnya sebut 'jugak' . 

Apa-apalah. Hari ni entah kenapa memang TK  rasa nak taip puas-puas kat blog. Bosan selama ni tak tau nak cakap rasa penat ni kat mana. Apa-apa pun terima kasih kepada bondaku (ekekeke tak biasalah pulak) Halizah bt Sharip kerana telah banyak mengajarku selama lebih 6 tahun :) . Semoga Allah memberi pahala yang berlipat ganda kepada ibuku. Kismis. Eh kenapa tiba-tiba sebut pasal kismis ni. Hehe TK suka makan kismis. lagi-lagi bila makan sambil tengok TV. macam Popcorn. Yummy :P Mungkin cara ni salah. JANGAN LAKUKAN AKSI ITU DIRUMAH.

Tengah menaip sambil dengar lagu. Sekali-sekala tak apa kan. sambil menaip sambil menunggu cerita habis download. Oh time periksa hari tu, parents TKngan adik TK dua orang tu pergi tengok cerita VIKINGDOM. Tak jeles pun. Sebab TK memang jenis yang tak berapa suka tengok TV atau cerita panjang-panjang ni KECUALI kalau dah terbuka macam cerita Binar Bening Berlian tu lainlah . ehehehe.Hmdah berapa perenggan ya TK tulis ni? jap ya nak kira. Oh 5 je baru. Target = 10 . kekeke gurau je.

Ermm, teringin pulak nak makan Secret Recipe. Dahlama tak makan. Aishh tiba-tiba selera makan mendadak pulak ni. Mi Udang. Mi udang, Mi udang dekat SACC Mall. Sdap :O . Tom Yam Kung. Tom Yam kung Secret Recipe Awesome :D . White Chocolate Macadamia. Ermmm One of Secret Recipe's special  dessert . (For Me Only) ekekeke. rasa lapar pulak malam-malam ni. Tapi tak nak lah makan nanti gemuk. :P 

Apa-apa pun tunggu je lah Keputusan Peperiksaan. Eh target 10 perenggan but now baru 7. Malas pula nak sambung. hehehe. hari ni Rasa beban semua hilang. hanya untuk hari ni. -_- sebab besok kena kemas rumah pulak. Hm beban berlumba datang balik. Hehe jangan marah aaaa. Oklah sampai sini je. err, terlalu formal ayat tu.

NOTA KEYBOARD : Selamat malam, rindu bantal bersarung teddy bear yang ibu beli tu. kekeke maknanya = tidur awal. Awal? 

Tamat Menaip : 11.22p.m. , 27/9/2013 , Jumaat yang Mulia.

Tiada ulasan: