Cupcake Menjadi :D

Hehe comelnya Pusheen kat atas bear tu.

Assalamualaikum :) Hari ni TK buat cupcake kat sekolah sepertimana yang dijanjikan hari tu. Formalnya ayat. hehehe maaf. Kumpulan setiap aktiviti terbahagi kepada 10 kumpulan. TK kumpulan yang ke 4 sejak dimasukkan hari Selasa minggu lepas . Sama lah dengan Puteri Melati. Hehe. Kami buat cupcake pagi tadi. Bahan-bahan disediakan oleh guru-guru. Kitorang tinggal bawak aising, cupcake punya cup, senduk kayu, hiasan. Semuanya budak perempuan yang buat -_-. Budak lelaki tak boleh diharap~ 

Apa pun best makan oreo kat sekolah dengan Puteri Melati. Kitorang makan kat laluan ilmu je tau. Kekeke~ Punyalah gelabah sebab sebelum bake yang terakhir, kumpulan kitorang dapat 3 je cupcake yang dah siap yang kitorang buat. Yang lain terpaksa dibake yang terakhir. Nampaknya dapat hidang 3 jelah untuk cikgu yang mengadil. Ada dua cikgu lelaki yang jadi juri kat kumpulan kitorang. Nasib beliau-beliau tak ambil kira pasal cupcake yang tak dihidang. Terpaksa melayang duit RM2 yang ayah bagi daripada RM5. semata-mata beli air panas taruk gula. mahalnya~ aigoo~ katanya air panas je RM0.30 . Tapi bila TK cakap nak taruk gula, kena tambah lagi RM1.70 woo~ Itupun belum tambah uncang teh. kalau tambah lagi jadi RM3. kalau tambah ais lagi kena lah tambah RM2. camtu takde apalah untuk sekolah agama. haisyy untung Melati bawa dua uncang teh. Selamat duit. :P

Bila Ustaz Zaini + Cikgu nordin datang kat kitorang punya kumpulan (yang dihais semua oleh budak perempuan [TK, Melati, Yasmin, Afrina] even tak banyak hiasan tapi at last oklah jugak kan sebab dapat markah yang memberansangkan.) pastu duduk dekat tikar yang kitorang budak perempuan bentang. pun Puteri Melati yang bawa . Jangan salahkan saya sebab tak bawak bahan sangat, saya tak datang hari tu~  Cikgu dua orang masa tengah makan buat muka pelik tapi tambah dua kali. Bila TK tanya "camne cikgu, ok ke?" cikgu diam. Tapi muka pelik. But tambah lagi cupcake nya. Hish buat orang suspend je -.-

Lepastu ketua kumpulan (Aizam) yang tau main je , pergilah ngintai-ngintai markah kitorang. bila tengok kan dia kata "we kita dapat markah semua 80 do" . TK senyap je . rasa tak puas hati pulak. sepatutnya 90+ . Tapi kira oklah jugak. :P Lepas tu kan TK tengok cikgu dah pergi, TK pon duduk lah dah penat -_- . Tapi tiba-tiba Yasmin bawak cupcake round 2 (kitorang ada 3 kali round. round pertama= 3. round kedua= dalam 10 camtula. round ketiga = 6 kot) . kitorang apa lagi pelahap la. Makan dengan air teh. Oh lupa nak cakap yang markah dinilai dari segi kekemasan, disiplin, hiasan, rasa cupcake tu dengan kebersihan. so 80x5 = 400 . hish tak puas hati .

Apa-2 pun kumpulan 4 diminta tunggu dulu jangan balik dulu walaupun dah bunyi loceng, sebab cupcake round 3 kitorang tengah masak. Tapi sedaplah cupcake nya sebab lembut (tiba-tiba :P) . TK naik basikal jadi cikgu Asmah suruh TK tunggu. hush nasib, nasib :'( . hehehe. Apa lagi TK, yasmin, Afrina kena lah tunggu sebab kitorang tak naik van. TK sempat ambik satu je cupcake. Dekat park basikal, Adik TK, aqish datang. pastu TK kata lah, "nak sikit tak?" pastu dia ambil semua. ingatkan nak bawa balik bagi orang lain rasa. takpelah, TK ada resipi nya dalam kepala . :3. Kepala TK kan library. hehehe. kesitu pulak. Apa pun, TK gembira dapat pengalaman buat cupcake. dapat juga merasa buat cupcake. hehe oklah sampai sini je lenguh tangan nak menaip memandangkan tadi dah penat berlatih main batu seremban sebab esok ada pertandingan . ok babai :) Assalamualaikum

NotaKeyboard : Besok kena cipta dan terbangkan layang-layang pula. Haish kali ni TK taknak buat layang-layang. Nak rehat . cuma nak terbangkan layang-layang je. hehe~ Annyeong~

Tamat menaip : 8:44P.M. , 7/10/2013 , Isnin yang cerah~

Tiada ulasan: